Posts

Pelajar cemerlang merengkok di penjara kerana ketum

Image
MARANG, 1 Jun — Mencapai keputusan tujuh A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sepatutnya telah melayakkan diri untuk merasai keseronokan di pusat pengajian tinggi. Tetapi keadaan itu tidak berlaku ke atas Ahmad, 17, (bukan nama sebenar) apabila terpaksa merengkok di dalam penjara gara-gara ketagih air ketum, setelah tersilap memilih kawan selepas peperiksaan SPM pada 2017. Dia yang ditemu bual Bernama di Penjara Marang baru-baru ini mengakui menyesal atas perbuatannya sedangkan sepanjang belajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bahru, Kelantan, beliau adalah pelajar contoh dan cemerlang. Ahmad dijatuhi hukuman penjara selama setahun setelah mengaku bersalah memiliki sekilogram daun ketum pada 2018 dan perlu menjalani hukuman itu sehingga Ogos ini. “Saya akui kesilapan ini berlaku akibat diri sendiri. Saya sunyi tiada kawan karib dan banyak kali berasa keseorangan hinggalah bertemu dengan lima rakan sekampung yang sudi berbual dan mereka mula menunjukkan keprihatinan. “Dalam tem